1
|
APAKAH PBS?
|
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik yang mampu menilai
aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani)
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR).
PBS dioptimumkan untuk mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran
formatif (pentaksiran yang dijalankan semasa proses pembelajaran berlangsung)
dan sumatif (pentaksiran yang dijalankan di akhir satu unit pembelaran) yang
berasaskan sekolah .
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:
v Pentaksiran Sekolah
v Pentaksiran Pusat
v Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
v Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod
dan dilapor oleh guru sekolah di sekolah. Contoh instrumen pentaksiran yang
boleh digunakan ialah lembaran kerja,pemerhatian, kuiz, senarai
semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.
Pentaksiran Pusat (PP) pula ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di
peringkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan dan skema pemarkahan yang
dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata
pelajaran.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dilaksanakan di
peringkat sekolah dan ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan,
penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani
dan kesihatan, sukan dan permainan, aktiviti
kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum
(contohnya penglibatan sebagai ahli kumpulan marhaban yang dianjurkan oleh JK
Surau tempat murid tinggal dan aktiviti bermanfaat lain yang dianjurkan oleh
pihak luar selain sekolah).
Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau
pusat untuk mengukur kebolehan (innate ability and acquired
ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran
menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan