Sabtu, 25 Mei 2013


REFLEKSI MIKROPENGAJARAN

Pendahuluan                                                          
Di dalam bilik darjah guru menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan  proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.    Aktiviti pembelajaran seperti  set  induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara,  variasi rangsangan, peneguhan,  penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan pengajaran dan pembelajaran.Bahan bantuan mengajar juga tidak kurang pentingnya. Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah. Pengajaran mikro membolehkan guru  melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa,  apabila sesatu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran.  Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.
Ringkasan mikropengajaran
            Saya telah menjalankan penajaran mikro terhadap murid-murid Tingkatan dua Bestari 3 bagi mata pelajaran Matematik dengan tajuk Nisbah dan kadar dan tajuk kecilnya Nisbah Dua Kuantiti. dalam masa sepuluh minit. Saya menggunakan bahan bantu belajar berbentuk gambar, kad gambar dan kad perkataan. Saya memperkenalkan murid-murid kepada Nisbah dua kuantiti dengan menggunakan contoh daripada pyramid makanan iait. Semasa meu kuantiti pengambilan amkanan seimbang dalam satu hari.memperkenalkan Nisbah dua Kuantiti. saya meminta murid Menyebutkan nilai-nilai nisbah, ini bertujuan supaya murid dapat mengingati apakah nisbah dua kuantiti. Seterusnya beberapa orang murid dipanggil ataupun secara sukarela menuliskan nilai-nilai nisbah tertentu.
. Peneguhan telah diberikan kepada murid tersebut dengan perkataan “bagus” dan “baik”.  sebagai galakan kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan baik. Ini bertujuan supaya murid yang terlibat merasa dihargai oleh guru dan rakan-rakan. Manakala murid-murid lain dapat memupuk nilai murni iaitu menghargai hasil kerja rakan mereka. Semua murid begitu seronok menjalankan aktiviti semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Objektif pengajaran saya telah tercapai untuk memperkenalkan Nisbah Dua Kuantiti kepada murid-murid Tingkatan Dua Bestari 

KEKUATAN PENGAJARAN
1.    Suara  guru kuat dan jelas dan nyaring semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Guru mempunyai suara yang kuat dan jelas. Dengan menggunakan suara yang kuat dan jelas semasa penyampaian pengajaran murid dapat mendengar setiap arahan dan penyampaian guru .  Sekiranya suara guru tidak kuat, murid tidak dapat mendengar arahan guru dengan jelas dan akan hilang tumpuan terhadap pengajaran guru  pada hari tersebut dan akan menerima gangguan sama ada daripada rakan-rakan di dalam kelas mahupun di luar kelas.  Guru juga tidak perlu mengulang  arahan yang diberikan berulang kali kerana murid telahpun mendengarnya..
2.    Teknik penyoalan digunakan semasa mengajar.
Kemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yang lain. Saya menggunakan teknik penyoalan semasa mengajar dengan sepenuhnya dan soalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan  aras rendah yang tidak memerlukan poemikiran yang kritis dan membina aras kognatif  aras tinggi.   Penggunaan kemahiran penyoalan dapat meningkat tahap pencapaian murid  dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yang berkesan.  Saya memberikan soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. Saya mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada  murid tertentu dengan memanggil nama murid  yang hendak disoal.
3.  Peluang menunjukkan kebolehan
     Beberapa orang murid juga diminta ke hadapan untuk memberikan jawapan di papan putih.Ini bertujuan membentuk keyakinan diri mereka supaya berani tampil ke hadapan.Selain daripada itu dapat mengetahui samada jawapan betul atau salah ,dapat menguji kefahaman murid pada masa itu juga. Serta dapat memberi tunjuk ajar kepada rakan lain di dalam kelas.
3.    Peneguhan dan pujian kepada murid
Melibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan.     Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan  perlakuan yang  baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti  ‘itu salah’
a)     Peneguhan lisan.
Guru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti   ‘baik’, ‘ia’, ‘betul’, ‘itu jawapan yang tepat’,  ‘bijak’,  ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalah cadangan yang baik’,  dan lain-lain peneguahn yang positif. Saya telah menggunakan peneguhan dalam pengajaran saya seperti memberikan kata pujian kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan perkataan “bagus” dan meminta semua murid memberikan tepukan kepada murid yang dapat menjawab soalan yang diberikan dengan tepat.
b)    Peneguhan gerakgeri
Guru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman, ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan, seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya. Saya menggunakan peneguhan gerakgeri ini dalam melaksanakan pengajaran saya dimana saya meemberikan senyuman dan menganggukkan kepala kepada murid yang dapat menjawab . 

KELEMAHAN PENGAJARAN
1.    Tidak menunjukkan objek konkrit kepada murid sebelum memperkenalkan nisbah dua kuantiti.
2.    Piramid makanan yang ditunjukkan kepada murid kurang menarik kerana agak kecil.
3.    Tidak memberi memberi hadiah kepada murid yang  berjaya menjawab soalan daripada guru.  






PENAMBAHBAIKAN PENGAJARAN
1.    Bahan bantu belajar (BBB)  yang konkrit .
 2.    Bahan bantu belajar (BBB) yang menarik.
Saya akan menggunakan  carta piramid makanan yang lebih besar supaya dapat dilihat dengan lebih jelas oleh semua murid 2B3.warna yang lebih tterang juga patut digunakan untuk menarik perhatian murid .
Selain daripada itu penggunaan ICT juga dirasakan dapat membantu murid memahami nisbah dua kuantiti dengan lebih jelas.
3.    Memberi ganjaran kepada murid.
Saya akan memberikan ganjaran kepada semua murid yang dapat menjawab soalan yang diberikan. Ganjaran tersebut berbentuk hadiah seperti gula-gula  sebagai penghargaan kepada murid yang berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Murid akan rasa lebih dihargai oleh guru dan akan menambah minat murid untuk menyertai setiap aktiviti yang dilakukan di dalam kelas. Pembarian ganjaran akan membuatkan murid merasa lebih seronok dan  bersemangat untuk menyertai setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Penutup
Setelah menyenaraikan kelemahan dan kekuatan pengajaran , saya dapati perancangan yang sempurna dan masa yang sesuai akan dapat menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, bersemangat dan menyeronokkan. Saya akan mengambil langkah penambahbaikan yang sewajarnya bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik seterusnya mencapai objektif pengajaran yang ditetapkan.










RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MAKRO
Mata Pelajaran: Matematik
Hari                : Selasa
Tarikh            : 21 mei 2013
Masa              :  7.40 – 8.20 pagi
Tingkatan      : 2B3
Bil Pelajar     : 36 orang
Topik: Bab 5 Nisbah Dan Kadar
                     5.1 Nisbah Dua Kuantiti
                     5.1d Nisbah yang Berkaitan

Objektif Pembelajaran: Memahami konsep Nisbah Dua Kuantiti dan Nisbah-nisbah yang Berkaitan.
Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran , pelajar akan dapat
                                     i- Menyatakan Nisbah Yang Berkaitan dengan Nisbah Yang Diberi.
Kaedah Pembelajaran:  Pembelajaran kooperatif, pengunaan visual.
Strategi Pembelajaran: Inkuiri (Penemuan) berpusatkan murid.
Pengetahuan Sedia ada: Pelajar telahpun belajar memahami kosep nisbah dua kuantiti.
Bahan Bantu Mengajar: pen marker, papan putih, slide power point, air oren, air mineral, kertas A4 warna pink dan kertas A4 warna biru.
KBKK: Mengenalpasti, membua perbandingan , menjana idea, membuat analisis, mensintesis serta membuat keputusan.
Nilai Murni: Bersungguh-sungguh, berdikari, menghargai masa, berani, yakin,memberi tumpuan,  
                      Bekerjasama, tolong-menolong.



Langkah

Isi Pelajaran

                                         Akti
viti
Strategi/Kaedah
/Bahan Bantu Mengajar/KBKK/
Nilai Murni

Peranan guru

Peranan murid
Langkah 1( Set Induksi
(   5  minit)
Menunjukka beberpa botol air yang diisi air mineral dan air oren
Guru menunjukkan kepada pelajar botol yang berisi oren dan juga botil yang berisi air mineral.

 Guru menyoal pelajar
Berapa kah bilangan botol air mineral dan
Berapakah bilangan botol air oren.

Guru meminta pelajar menuliskan nisbah air oren kepada air mineral.serta mengingatkan pelajaran yang lalu iaitu nisbah dua kuantiti.

Guru menerangkan apakah yang akan dipelajari pada hari ini iaitu Nisbah-nisbah yang berkaitan.
Murid melihat botol tersebut dan  memberi respon dengan menyatakan bilangan air oren ialah 2 dan bilangan air mineral ialah 3.





Murid mencatatkan di papan putih iaitu nisbah
2:3.


Pelajar memberi tumpuan dan mendengar penerangan guru.


 Kaedah :
Menjana idea
BBM:
Papan putih
Air oren dalam botol dan air mineral
Kertas A4 berwarna biru dan pink

KBKK
Menjaa idea dan membuat analisis,
Nilai murni:
Memberi tumpuan, tolong-meolong, berdikari
Langkah 2 Perkembangan
Pelajaran(
 10 Minit)
5. Nisbah dan Kadar
5.1 Nisbah dua kuantiti
5.1d Nisbah yang berkaitan
Guru menulis bebrapa soalan di papan putih antaranya

a) Bilangan botol berisi air oren =
b) Bilangan botol berisi air mineral=
c) Jumlah botol=
d)Beza diantara bilangan botol air mineral dan air oren=

Guru memberi ganjaran dengan tersenyum, memeberi ucapan bagus serta memberikan hadiah sumi setiap seorang murid yang dapat menjawab dengan betul.

Setelah semua soalan di jawab guru bertanya adakah sesiapa yang masih kurang faham.


Guru meminta beberapa orang murid tampil ke hadapan melekatkan kertas A4 berwarna pink dan biru.

Guru meminta murid menjawab nisbah-nisbah yang berkaitan.

Guru menayangkan power point tentang nisbah yang berkaitan

Guru menerangkan




Murid memberi perhatian dan beberapa orang murid tampil ke hadapan secara bergilir mencatatkan jawapan di papan putih.






Murid













Beberapa orang murid
menampalkannya di papan putih.




Murid menjawab .
Kemudian menyalin sebagai nota dan rujukan.

Murid memerhatikan da nada yang bertanya soalan.

Murid mencatat ke dalam buku.



BBM: papan putih. White board marker,power point.

KBKK
Mengenalpasti, membuat perbandingan,

Nilai murni:
Yakin memberi tumpuan, berdikari
Tolong menolong, ambil berat
Langkah 3
Penilaian
(  10                 minit)
Mengaplikasikan
Pengetahuan tentang konsep
Guru memberi lembaran soalan latihan kepada pelajar (rujuk lampiran)


Guru memberi masa
……..minit untuk menjawab soalan


Guru melihat jawapan murid secara rawak dan didapati kesemuanya betul
Pelajar menjawab soalan latihan yang diberikan.










Tiada masalah




KBKK: membuat analisis dan mensintesis

Nilai murni:
Bersungguh-sungguh
Langkah 4
Penutup
( 5 minit)
Ringkasan Pengajaran
Guru meminta pelajar membuat refleksi tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini. Guru memilih pelajar secara rawak untuk memberi pandangan dan refleksi.

Guru memberi penegasan terhadap apa yang telah dipelajari hari ini.

Guru memberi kerja rumah kepada pelajar, latihan 10.1 soalan 1 dan 2.
(Rujuk buku teks Matematik Tingkatan dua muka surat


Pelajar memberi pendapat masing-masing tentang apa yang telah dipelajari.



Pelajar memberi perhatian terhadap penerangan guru.

Pelajar membuat kerja rumah yang diberi oleh guru di rumah

KBKK:
Membuat analisis dan mensintesis

Nilai murni:
Bersungguh-sungguh























Lampiran 1
BAB 5 : NISBAH, KADAR DAN KADARAN
. 5.1 Nisbah Dua Kuantiti
. 5.1d Nisbah Yang Berkaitan
Tulis nisbah  s : r , s : r + s dan r : r – s bagi setiap yang berikut dalam sebutan teendah

r : s


S : r
S : r : s
r   :  r – s
1.        8 : 5





2.      12 : 2





3.     15 : 4





4.      9 : 6






Di beri  p : q = 3 : 5 , cari nisbah yang berikut dalam sebutan terendah

5.   p : p + q
6.  q : q - p
7.   p : q - p
8.    q + p : q – p  












REFLEKSI MAKROPENGAJARAN
Hari ini saya mengajar  matematik tingkatan dua iaitu topik Nisbah dan Kadar serta sub Topiknya ialah Nisbah-nisbah yang Berkaitan.Murid-murid telahpun mempelajari Nisbah Dua Kuantiti serta menguasainya.Sebagai kesinambungan daripada Nisbah Dua kuantiti iaitu Nisbah-bah Nisbah yang Berkaitan.
KEKUATAN
Saya  telah menggunakan bahan maujud iaitu air oren dan air mineral sebagai menunjukkan nisbah dua kuantiti dan seterusnya nisbah-nisbah yang berkaitan. Juga menggunakan isyarat tangan serta mimic muka untuk menerangkan konsep NIsbah-nisbah yang  Berkaitan. Gaya pengolahan saya juga juga begitu ringkas dan padat, suara guru juga begitu jelas.
Selain daripada menggunakan air oren dan air mineral , guru juga menggunakan kertas A4 yang berlainan wana sebagai menunjukkan Nisbah yang berkaitan.
Untuk penerangan yang lebih jelas dan sebagai ulangan guru juga menggunakan kaedah power point untuk menunjukkan nisbah-nisbah yang berkaitan.
Murid juga diberi peluang secara tampil kehadapan untuk memberi  jawapan, murid juga diberi ganjaran dengan perkataan pujian, bagus , baik dan sebagainya. Ganjaran berupa makanan juga diberikan kepada murid yang tampil  memberikan jawapan.
Sebagai peneguhan murid juga diberi lembaran kerja . Daripada latihan yang diberikan didapati kesemua murid Berjaya menjawab dengan betul.Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan berkesan.
1. Adakah objektif pembelajaran dapat dicapai ? Bagaimana saya tahu ?
    Objektif pembelajaran hari ini tercapai , saya mengetahuinya daripada maklumbalas secara lisan dan 
    Juga daripada pemerhatian secara rawak guru semasa dan selepas latihan dilakukan.
2. Adakah murid saya melibatkan diri secara produktif/aktif ? Bagaimana saya tahu ?
    Keseluruhan murid saya mengambil bahagian , tetapi sebahagian sahaja mengambil bahagian dengan
    Aktif.
2. Adakah saya mengubah rancangan pengajaran saya semasa pengajaran  saya ? Mengapa ?
   Saya tidak megubah kaedah semasa poses pengajaran serta pembelajaran saya semasa dilaksanakan.
   Ini adalah kerana saya telah merancangkan pengajaran dan pembelajaran saya terlebih dahulu.
4. Apakah bantuan tambahan dan sokongan dan/atau sumber-sumber lain yang dapat pertingkatkan pelajaran ini lagi ?
    Pengajaran dan pembelajaran hari ini dapat dijalankan dengan lancar,serta bahan bantu mengjar dapat melancarkan kefahaman murid tentang Nisbah-nisbah yang berkaitan.
    Akhirnya saya berasa gembira kerana apa yang diusahakan berjalan dengan lancar serta memberikan kefahaman konsep tentang pembelajaran topik ini.

KELEMAHAN
Kelemahan dalam pengambilan video juga menyebabkan sebahagian daripada sesi pengajaran serta pembelajaran tidak dapat ditunjukkan di sini.Penggunaan ketinggian muridsebagai nisbah juga terhilang dalam video ini. Pergerakan guru juga perlu diperbaiki dalam beberapa bahagian.Kekangan masa yang disebabkan guru tidak dapat berada di sekolah menyebabkan pengambilan video ini tertangguh beberapa kali .
CARA MENGATASI
Pengambilan video patut dilakukan oleh mereka yang lebih berpengalaman.Pergerakan guru juga perlu diperbaiki. Power point animasi bergerak patut dipertingkatkan lagi supaya lebih menarik pehatian seterusnya minat murid.
PENUTUP
Secara keseluruhannya sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan